NISABAKRI RECIPES
Kari Kepala Ikan DK
recipes of kari kepala ikan dk
Bahan-bahan diperlukan:
  • 150 Gram Perencah Kari Kepala Ikan DK
  • 1 Bahagian kepala dan 3 hiris bahagian isi ikan jenis jenahak atao ikan merah.
  • 4 Sudu besar minyak masak
  • 1 Bawang besar dihiris halus
  • 1 Tangkai daun kari
  • 1/2 cawan cili kering dipotong kecil
  • 1 Sudu kecil Rempah Tumis Ikan NisaBakri
  • 3 Hiris ikan masin jenis ikan kurau bersaiz kecil
  • 2 Biji telur masin (yang direbus dan diasingkan)
  • 2 Sudu besar cili gilling (gunakan cili kering)
  • 1 Biji tomato dipotong dadu
  • 1 Biji terung bulat dipotong mengikut citarasa
  • 1 Biji cili besar merah
  • 1 Biji cili besar hijau
  • 1 Cawan air atao ikut citarasa
  • 1 Cawan santan pekat¬†
Cara masakan:
  1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
  2. Tumiskan bawang merah besar, cili giling, daun kari dan cili kering. Kemudian, tumis ikan hingga naik wangi.
  3. Masukka pes Kari Kepala Ikan DK sedikit air dan masak hingga pecah lemak.
  4. Masukkan bendi, terung dan kacau semua bahan hingga sebati. Seterusnya tambahkan air mengikut kesesuaian.
  5. Apabila kuha mula mendidih, masukkan ikan jenahak (kepala dan badan). Kemudian masukkan ikan masin, cili merah, cili hijau dan tomato.
  6. Letakkan telur asin di atas ikan jenahak tadi sebelum dihidang.