Nisa Bakri @ Daily TV

Jenama Nisa Bakri Terus Dikukuhkan Dengan Kolaborasi Bersama Vegan Nation

DAILY TV

KUALA LUMPUR: NisaBakri terus melebarkan jenamanya dengan pengeluaran pes segeranya iaitu pes segera makan dan pes segera masak dibawah NisaBakri Gourmet dengan kolaborasi pertama bersama Vegan Nation.

Vegan Nation adalah sebuah syarikat pengeluar Pes Sedia Makan Organik dan kolaborasi bersama NisaBakri Gourmet, sebanyak enam pes telah dilancarkan.

Antaranya ialah Vegan Ikan Asam Pedas, Vegan Ayam Kicap Manis Premium, Vegan Ayam Masak Lemak Cili, Vegan Rendang Daging, Vegan Kari Kambing dan Vegan Peranakan Kari Ayam.

Pengasas jenama NisaBakri, Puan Sri Nisa Bakri berkata, idea menghasilkan pes vegan ini tercetus selepas dia sendiri terjebak dalam mengamalkan pemakanan gaya sihat.

“Sebenarnya perancangan bertemu dengan Vegan Nation adalah untuk menghasilkan sambal dan resepi sendiri untuk dijual sepanjang Ramadan ini.”

“Namun begitu, selepas berbincang kami terfikir untuk menghasilkan makanan atau pes yang berasaskan bahan organik dengan harga yang berpatutan.”

“Mungkin makanan vegan popular di kalangan masyarakat India kerana itulah saya cuba menerapkannya dalam menu masakan yang menyasarkan pengguna Melayu,” katanya.

Nisa Bakri ditemui pada majlis pelancaran pes vegan dan kerjasama dengan Vegan Nation berkata, beliau berharap dengan pengeluaran pes vegan ini dapat menarik minat golongan Melayu untuk mengamalkan pemakanan yang lebih sihat.

“Insya-Allah selepas ini kami berhasrat meluaskan lagi ‘mobile kiosk’ bagi mengembangkan pasaran produk pes vegan ini.”

“Kami akan berusaha menghasilkan produk pes yang bersesuaian dengan selera masyarakat tetapi mengandungi bahan-bahan yang sihat,” katanya lagi.