Ayam Rendang Bertutu

Bahan-bahan

○ Pes Instant Nisa Bakri Ayam Rendang Betutu
○ Seekor Ayam
○ Serai
○ Kunyit
○ Bawang Merah Besar

○ Lengkuas
○ Halia
○ Daun Pisang
○ Kerisik
○ Lobak Merah
○ Cili Padi

Cara-cara

1. Kisar serai, kunyit, bawang merah besar, lengkuas dan halia.
2. Campurkan bahan kisar tersebut bersama pes Ayam Rendang Betutu dan gaul sehingga rata.
3. Panaskan minyak zaitun dalam wok kecil dan tumis selama 5 minit.
4. Letakkan daun pisang di dalam periuk dan seekor ayam yang telah dibersihkan dan ditoskan.
5. Sapukan bahan yang telah ditumis tadi pada keseluruhan ayam.
6. Taburkan kerisik ke seluruh ayam dan masukkan juga ke dalam perut ayam.

7. Masukkan juga tomato, lobak merah dan cili padi ke dalam perut ayam.
8. Bungkus ketat ayam tersebut dengan daun pisang.
9. Ketuhar mestilah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 160°C.
10. Masukkan periuk bersama ayam ke dalam ketuhar dan biarkan masak selama 3 jam.
11. Sedia untuk dihidang bersama Nasi Minyak. Selamat mencuba!

Gulai Ayam Berinai

Bahan-bahan

○ Pes Gulai Ayam Berinai Ayam
○ Bawang besar merah
○ Minyak ghee
○ Daun pandan
○ Cili giling
○ Bunga cengkih
○ Kulit kayu manis
○ Buah pelaga

○ Garam masala
○ Safron
○ Yoghurt
○ Santan
○ Jintan manis
○ Tomato
○ Daun ketumbar
○ Daun pudina

Cara-cara

1. Panaskan minyak ghee di dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar merah, daun pandan, cili giling, bunga cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga sehingga bau wangi.
3. Masukkan pes Gulai Ayam Berinai, sedikit air dan masak sehingga pecah lemak.
4. Masukkan ayam dan kacau semua bahan sehingga sebati.

5. Apabila mula mendidih, masukkan garam masala, safron bersama yogurt, santan, jintan manis dan tomato.
6. Gaul sehingga sebati dan tutup periuk selama 15 minit atau sehingga ayam sudah cukup empuk.
7. Apabila kuah gulai agak pekat, masukkan daun ketumbar, daun pudina dan cili. Selamat mencuba!

Asam Pedas Tuanku

Bahan-bahan

○ Pes Asam Pedas Tuanku
○ Ikan
○ Bunga kantan
○ Daun kesum

○ Cili giling
○ Tomato
○ Bendi

Cara-cara

1. Panaskan minyak dalam periuk sederhana besar.
2. Masukan pes Asam Pedas Tuanku bersama sedikit air dan gaul sehingga sekata.
3. Masukkan 1 batang bunga kantan yang telah dibelah dua dan sedikit daun kesum.
4. Masukkan cili giling, air dan kacau sehingga kuahnya pecah lemak. Kemudian, masukkan tomato dan bendi.

5. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan, cili, lebihan bunga kantan dan daun kesum.
6. Tutup periuk selama 8 minit atau sehingga ikan masak. Selamat mencuba!

ZERO PRESERVATIVES. ZERO ARTIFICIAL COLOURING.

Whip up a tasty meal with our instant paste in less than 20 minutes! Healthy and versatile, you're able to cook multiple and a variety of dishes with one pack!

SHOP INSTANT PASTE NOW!

Kari Kepala Ikan DK

Bahan-bahan

○ Pes Kari Kepala Ikan DK
○ Ikan jenahak
○ Bawang merah besar
○ Daun kari
○ Cili giling
○ Cili kering
○ Cili merah

○ Cili hijau
○ Bendi
○ Terung
○ Ikan masin
○ Tomato
○ Telur masin

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dalam periuk.
2. Tumiskan bawang merah besar, cili giling, daun kari dan cili kering. Kemudian, tumis ikan sehingga naik wangi.
3. Masukkan pes Kari Kepala Ikan DK, sedikit air dan masak sehingga pecah lemak.
4. Masukkan bendi, terung dan kacau semua bahan sehingga sebati. Seterusnya, tambahkan air mengikut kesesuaian.

5. Apabila kuah mula mendidih, masukkan ikan jenahak (kepala dan badan).
6. Kemudian masukkan ikan masin, cili merah, cili hijau dan tomato.
7. Letakkan telur masin di atas ikan jenahak tadi sebelum dihidang. Selamat mencuba!

Kambing Masala Parsi

Bahan-bahan

○ Pes Kambing Masala Parsi
○ Daging kambing
○ Minyak ghee
○ Bawang besar merah
○ Cili giling
○ Cili padi
○ Bunga cengkih

○ Kulit kayu manis
○ Buah pelaga
○ Daun pandan
○ Rempah gajus / badam
○ Garam masala
○ Yoghurt
○ Jintan manis
○ Tomato

Cara-cara

1. Panaskan minyak ghee dalam periuk.
2. Tumiskan bawang besar merah, cili giling, bunga cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun pandan sehingga naik wangi.
3. Masukkan pes Kambing Masala Parsi, cili padi, air dan masak sehingga pecah lemak.
4. Masukkan kambing, pati air rebusan kambing dan tambah sedikit air. Kacau semula bahan sehingga sebati.

5. Apabila mula mendidih, masukkan rempah gajus / badam, garam masala, yogurt, jintan manis dan tomato, gaul sehingga sebati.
6.Tutup periuk selama 15 minit atau sehingga kambing cukup empuk. Selamat mencuba!

Mee Terangkat Leleh

Bahan-bahan

○ Pes Mee Kari
○ Ayam
○ Udang segar
○ Bawang merah

○ Cili giling
○ Cili kering
○ Santan

Cara-cara

1. Panaskan minyak masak dalam periuk sederhana besar.
2. Tumiskan bawang merah, cili giling dan cili kering. Kemudian masukkan ayam, udang segar dan pes Mee Kari bersama sedikit air.
3. Tambahkan air selebihnya dan apabila kuah mula mendidih, masukkan santan.

4. Tutup periuk selama 8 minit sehingga kuah Mee Kari masak. Sedap ditambah dengan mee kuning. Selamat mencuba!

Want to learn the real art of cooking? NisaBakri Cooking Hacks Community embraces all homecooks to join our community to encourage everyone to learn and become happy cookes by sharing cooking experience, tips, cooking difficulties, recipe sharing! Grow your confidence, love and passion for cooking with our online communities!

Be Part of the Community Today!